
Amalan Pertanian Baik atau Good Agricultural Practices (GAP) adalah satu sistem pengurusan yang mengamalkan amalan – amalan pertanian yang baik yang dilaksanakan mengikut piawaian dan peraturan untuk mendapat hasil yang tinggi di samping mengawal serta mengurangkan risiko dan impak negatif terhadap alam sekitar.
Amalan GAP bermula daripada kerja penyediaan kawasan untuk penanaman anak pokok getah sehingga kerja pengeluaran hasil. Untuk melaksanakan amalan tersebut, RISDA telah menetapkan lima (5) Amalan Pertanian Baik yang diberi penekanan di dalam transfomasi pemindahan teknologi getah kepada pekebun kecil iaitu:
Pelaksanaan GAP melibatkan dua (2) program utama iaitu:
Pelaksanaan Bimbingan dan Latihan GAP bagi pokok getah muda (GAP Getah Muda) bermula apabila permohonan bantuan tanam semula pekebun kecil getah diluluskan sehingga pokok sesuai untuk dibuka panel torehan.
Pelaksanaan Bimbingan dan Latihan GAP bagi pokok getah matang (GAP Getah Matang) bermula di peringkat penghasilan dan pemasaran apabila pokok telah mula ditoreh sehingga pokok itu akan di tanam semula.
| BIL | TAJUK | TINDAKAN |
|---|---|---|
| 1 | Borang Permohonan: LDP 01 | Muat Turun |