Cadangan RISDA jadi pembeli tunggal getah akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri – Ahmad Zahid – Berita Harian

 

Cadangan menjadikan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sebagai pembeli tunggal getah di negara ini, akan dibentangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri nanti, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, langkah itu bagi membela nasib pekebun kecil yang menyumbang 89 peratus daripada keseluruhan pengeluaran getah negara, mengatasi sektor estet yang hanya menyumbang 11 peratus.

Katanya, sektor komoditi getah adalah tulang belakang daya tahan ekonomi negara dan hingga kini, lebih 500,000 pekebun kecil menjadi wira sektor itu.

“Dalam pada itu, kita melihat kolaborasi (bersama pemain industri) juga boleh dilakukan untuk menentukan peningkatan harga komoditi getah.

 

Anda suka artikel ini? Kongsikan

Facebook
X
LinkedIn
Pinterest
WhatsApp
Telegram
Email