Kementerian Komunikasi Dan RISDA Bincang Kerjasama Strategik Berkaitan Liputan Telekomunikasi

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), YB Haji Manndzri Haji Nasib di Menara Komunikasi pada hari Khamis, 29 Januari 2026.

Pertemuan tersebut antara lain membincangkan kerjasama strategik Kementerian Komunikasi dan RISDA dalam pelbagai bidang berkaitan liputan telekomunikasi.

Selain itu, perbincangan turut menyentuh isu dan cabaran berkaitan tahap kesalinghubungan di kawasan RISDA, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) serta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), khususnya melibatkan kawasan Parlimen Tenggara, Johor.

Hadir sama Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi, Datuk Aminurrahim Mohamed.

Source link

Anda suka artikel ini? Kongsikan

Facebook
X
LinkedIn
Pinterest
WhatsApp
Telegram
Email