Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
Pengenalan Program
Bantuan ini diwujudkan bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas pendapatannya akibat tidak dapat menoreh ketika musim hujan.
Syarat Program Bantuan
Penerima yang layak adalah Pekebun Kecil yang memiliki dan mengusahakan lot bertanam getah atau Penoreh yang tidak memiliki dan menoreh di lot bertanam getah dengan jumlah keluasan tanah adalah 2.5 hektar ke bawah. Syarat-syarat kelayakan bantuan ini mengikut kategori adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
- Memiliki jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat.
- Pemilik tanah yang sah.
- Satu lot hanya seorang penerima sahaja (tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi).
- Seorang pekebun kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
- Warganegara Malaysia.
- Penoreh yang berdaftar dengan RISDA.
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar.
- Mendapat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) atau Slip Pengaktifan PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat.
- Satu lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.
- Seorang penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
Kadar Bantuan
Kadar bantuan sebanyak RM800 seorang kepada setiap penerima yang layak.
Rujukan Lanjut / Bahagian Berkaitan
Pejabat RISDA Berhampiran/Bahagian Produktiviti & Pemasaran
Senarai Kandungan
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
Permohonan Pengecualian Bayaran Ses Getah
Permohonan Pengecualian Bayaran Ses Getah
Pengenalan Program
Pengecualian Bayaran Ses Getah (Tanam Semula) oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) pada kadar RM0.10/kg getah kepada semua syarikat yang layak memohon seperti berikut:
- Pengecualian bayaran ses tanam semula ke atas getah yang diimport atau getah dari Sabah dan Sarawak bagi jualan/kegunaan tempatan.
- Pengecualian bayaran ses tanam semula ke atas getah yang diimport atau getah dari Sabah dan Sarawak bagi tujuan pengeksportan.
- Pengecualian bayaran ses tanam semula untuk pengeksportan getah kepada kilang pembuatan produk getah.

Pemohon hendaklah mengemukakan butir-butir yang benar dan lengkap serta sedar bahawa boleh didakwa di bawah mana-mana akta dan/atau peraturan yang berkuatkuasa sekiranya sengaja memberikan keterangan yang tidak betul.
Kadar Bantuan
Pengecualian bayaran ses tanam semula pada kadar RM0.10/kg getah
- Warganegara Malaysia.
- Penoreh yang berdaftar dengan RISDA.
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar.
- Mendapat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) atau Slip Pengaktifan PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat.
- Satu lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.
- Seorang penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
Kaedah Permohonan
Permohonan pengecualian hendaklah menggunakan borang berikut:
- Borang RISDA-KS1 bagi getah asli tempatan/getah sebatian.
- Borang RISDA-KS2 bagi getah import untuk jualan eksport.
Rujukan Lanjut / Bahagian Berkaitan
Pejabat RISDA Berhampiran/Bahagian Produktiviti & Pemasaran