Penggunaan getah dalam pelbagai produk diperluas

SAMARAHAN, 14 Mac- Penggunaan getah dalam pelbagai produk akan diperluas, termasuk sebagai bahan penurapan jalan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu penting bagi memastikan pekebun kecil terus menikmati manfaat daripada kenaikan harga komoditi berkenaan pada masa hadapan.

“Penurapan jalan akan dipergiat dengan penggunaan bahan berasaskan getah dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada bitumen,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Santunan Kasih Ramadan dan Program Kemakmuran Pekebun Kecil RISDA Negeri Sarawak di Kampung Niup, di sini.

Dalam majlis sama, beliau turut menyampaikan peruntukan pembangunan berjumlah RM29.25 juta kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Sarawak.

Selain itu, 120 individu menerima sumbangan bakul makanan asas.

Beliau kemudian menyertai penduduk kampung dalam majlis berbuka puasa, diikuti solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih.

Sumber: Berita RTM

Anda suka artikel ini? Kongsikan

Facebook
X
LinkedIn
Pinterest
WhatsApp
Telegram
Email