
Saya telah berjaya membangunkan ladang fertigasi cili dengan bantuan pihak RISDA. Diharapkan program ini diperluaskan lagi kepada pekebun-pekebun kecil yang lain.
RISDA360 ditubuhkan pada tahun 2025 sebagai sebuah portal maklumat bersepadu khusus untuk menyampaikan informasi terkini berkaitan pekebun kecil dan masyarakat umum. Kami berfungsi sebagai medium rasmi dalam menghubungkan komuniti dengan maklumat, berita, aktiviti, serta inisiatif yang memberi impak langsung kepada pembangunan sosioekonomi pekebun kecil.
Dengan pendekatan digital yang moden dan mesra pengguna, RISDA360 menjadi platform rujukan utama bagi pelbagai pihak – termasuk pekebun kecil, penggiat industri, media, pelabur, serta orang awam.
Menyediakan akses maklumat yang telus dan mudah diakses oleh semua golongan sasaran.
Menjadi hub informasi berpusat mengenai pekebun kecil, aktiviti industri, serta pembangunan komuniti.
Menghubungkan komuniti dengan platform interaktif seperti berita, acara, sosial media feed, dan modul digital yang terkini.
Menyokong usaha transformasi digital dalam menyebarkan informasi rasmi dan sahih dengan lebih meluas.