Apakah Beza Getah Asli dan Sintetik?

RISDA menawarkan dua inisiatif utama di bawah Program Pengembangan yang diwujudkan berdasarkan keperluan semasa.

Inisiatif pertama adalah Bantuan Kewangan Penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis yang menjejaskan hasil ekonomi pekebun kecil.

Menerusi inisiatif ini, bantuan diberikan kepada pekebun kecil yang melakukan semburan merawat dan mengawal penyakit luruhan daun. Jumlah bantuan ditawarkan seperti berikut:

  • RM174 untuk setiap hektar atau pusingan semburan kepada pekebun getah berdaftar di Semenanjung Malaysia.
  • RM220 untuk setiap hektar atau pusingan semburan kepada pekebun di Sabah dan Sarawak.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif ini, pekebun dinasihatkan menghubungi pejabat RISDA terdekat. Maklumat lanjut juga boleh dibaca di sini.

Inisiatif kedua untuk pekebun kecil adalah Bimbingan dan Latihan Amalan Pertanian Baik (GAP) bagi melatih mereka untuk mengenalpasti dan mengawal penyakit pokok getah yang sering berlaku.

GAP adalah program diwujudkan RISDA untuk membantu pekebun yang terlibat dalam program penanaman semula, tetapi modul ditawarkan juga boleh digunakan pekebun untuk memantapkan pengetahuan mereka tentang penyakit pokok getah.

5 GAP perlu dimantapkan pekebun kecil adalah:

  • GAP 1: Penanaman dan penyelenggaraan
  • GAP 2: Pembajaan
  • GAP 3: Penggunaan Bahan Rangsangan Lateks
  • GAP 4: Penorehan
  • GAP 5: Pemasaran Hasil

Pekebun kecil boleh menghubungi pejabat RISDA berhampiran dan membaca lebih lanjut mengenai program ditawarkan di sini.

Anda suka artikel ini? Kongsikan

Facebook
X
LinkedIn
Pinterest
WhatsApp
Telegram
Email